.

.
JCM Gold

Wednesday, January 26, 2011

Kehidupan ini

Hidup ini bak pentas terbuka,
Pemainnya punya watak berbeza,
Paginya ketawa tapi petangnya berduka,
Tepinya berduri tapi tengahnya hamparan terbuka,
Walaupun hujungnya entahkan gelap gelita,

Hidup ini,
Anugerah Tuhan yang tidak terhingga nikmatnya,
Ilmunya seluas lautan tidak terduga tepi dan dalamnya,
Buat manusia kerdil seperti ku apalah ada,
Ke Kiri ke Kanan berkais mencari sinar cahaya,
Buat bekalan bahagia di hari tua pastinya,

Hidup ini,
Berlalu bersama impian dan realiti,
Mewarnai empunya diri silih berganti,
Kejituan dan kejatian diri menyokong tegap berdiri,
Kecairan semangat membawa hanyut di dinihari,

Hidup ini,
Fantasi lebih realiti walau logik dikhianati,
Pasrah dan igauan mimpi tidak akan datang sehari,
Kedambaan hati menambat jiwa jasmani,

Hidup ini,
Perlu bantuan, sokongan , asakan dan ketabahan,
Melayari arus deras pemodenan sejagat,
Kewarasan menuntut bicara bersama sekeping hati,
Melerai simpulan ketat berkarat,

Hidup ini,
Kebanggaan insan mencipta kejayaan,
Kekayaan dan pangkat menjadi taruhan,
Kesedaran mengulit kealpaan,
Ketaqwaan kekal menyalut halwa kalbu,
Keimanan perisai abadi pasti,
Keutuhan Teragung anugerah mukmin sejati...

Hidup ini,
Memerlukan kasih dan sayang dari insan lain,
Kebahagiaan dan kenangan di kecapi bersama,
Mengharungi badai kehidupan tika lautan bergelora,
Lumrah alam ciptaan Nya,
Apakan daya kita merancang,
Ketentuan jodoh pertemuan adalah milik Nya.


Luahan Rasa :

Salam Kasih Sayang Dari Abg Bent
20hb.Jan,2011 bersamaan 16hb.Safar 1432

No comments:

Post a Comment

News Membership

» GREETINGS RESPECT & GREETINGS AFFECTION 3 DRAGONS.

PERMOHONAN KEAHLIAN BARU DIBUKA KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT DENGA PERNIAGAAN . (SILA HUBUNGI BRADER YAS DI TALIAN 017-2501814......