.

.
JCM Gold
Showing posts with label SUDUT BELAJAR. Show all posts
Showing posts with label SUDUT BELAJAR. Show all posts

Tuesday, May 20, 2014

25 Ciri Usahawan Berjaya

Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan berjaya.Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada usahawan berjaya iaitu:

Petikan dari majalah Sukses - 10 September 09



1. KEPERLUAN UNTUK KEJAYAAN
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. HASRAT UNTUK MENERIMA HASRAT
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.

3. BEBAS DARI ASPEK FIKIRAN DAN TINDAKAN
Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4. MENYELESAIKAN MASALAH
Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5. SERING MENGHARAPKAN MASA DEPAN YANG BAIK
Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6. MENCARI PERSEKITARAN YANG BAIK
Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7. KEUPAYAAN MEMPRAKTIKKAN SESUATU
Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8. TAMPUK KAWALAN
Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. KEPERCAYAAN TIMBAL BALIK DENGAN ORANG LAIN
Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10. KEYAKINAN TERHADAP KEBOLEHAN DIRINYA SEBAGAI USAHAWAN
Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

11. KEDESIAAN MENERIMA TANGGUNGJAWAB
Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12. KEUPAYAAN MENCURI PELUANG
Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.

13. MEMPUNYAI CITA-CITA LEBIH TINGGI
Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. KONSEP DIRI YANG POSITIF
Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. BELAJAR DARI KEPUTUSAN
Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. BERPERASAAN TIDAK PUAS HATI DAN MAHU BERUBAH
Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. BERORIENTASIKAN PERANCANGAN
Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

18. MENYEDARI KEPERLUAN MENGGUNAKAN AGENSI DAN MAKLUMAT
Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19. MENETAPKAN MATLAMAT
Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

20. UBAH SUAI PENTADBIRAN
Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

21. KEMAHIRAN PENGURUSAN
Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22. RASA KEMANJURAN (SEMANGAT WAJA|)
Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya

23. KEPIMPINAN
Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24. KUAT BERUSAHA
Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

25. PANDAI MEMBUAT KEPUTUSAN
Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."

Adakah anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya? Nilai diri anda berdasarkan ciri-ciri di atas den perbaiki segala kelemahan anda. Pasti anda mampu menjadi seorang usahawan berjaya.

Tuesday, December 14, 2010

SAHABAT

Perutusan dari Y.D.P Brader Wilayah Bentong, Raub & Kuala Lipis

SAHABAT
ASSALAMUALAIKUM WBR,

Sahabat. Ingin sekali saya kongsikan sedikit info yang hambe kutip tentang adab dalam bersahabat untuk tatapan diri ini dan sahabat semua. Moga kita beroleh kebaikan daripadanya.

Seorang sahabat mestilah menjaga adab-adab terhadap sahabatnya, iaitu :

1. Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya.Jikalau ia tidak kuasa berbuat demikian maka sekurangnya hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.
2. Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum brkehendak sahabatnya bahawa ia meminta tolong akan dia.
3. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.
4. Menutup keaiban sahabatnya.
5. Berdiam daripada menyampaikan perkata orang lain yang mencela sahabatnya.
6. Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji akan sahabatnya.
7. Mendengarkan dengan baik akan perkataan sahabat ketika ia bercakap-cakap.
8. Meninggalkan berbantah dengan sahabatnya.
9. Memanggil sahabatnya dengan nama yang terlebih disukainya.
10. Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.
11. Berterima kasih kepada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.
12. Menegahkan orang lain apabila ia mahu mengumpat sahabatnya seperti ia membela dirinya sendiri.
13. Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila ia berkehendak menasihati sahabatnya.
14. Memaafkan daripada sebarang kesilapan dan kesalahan sahabatnya, maka janganlah ia mencelanya.
15. Mendoakan sahabatnya apabila ia duduk bersendirian, ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah ia mati.
16. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabat selepas daripada kematian sahabatnya.
17. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendak ia meringankan daripadanya supaya ia sentiasa senang hati kepadanya.
18. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.
19. Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.
20. Memulakan memberi salam ketika ia menemui sahabatnya.
21. Meluaskan tempat duduk kepada sahabatnya ketika ia masuk ke dalam majlis dan hendaklah ia berpindah daripada tempat duduknya itu ke tempat yang lain ketika ia tidak dapat berbuat demikian.
22. Hendaklah ia bangkit menghantar sahabatnya itu ( sehingga sampai ke pintu rumahnya ) ketika ia keluar dari rumahnya.
23. Hendaklah ia berdiam ketika sahabatnya bercakap-cakap sehingga ia selesai daripada percakapannya dan janganlah ia suka mencelah ketika sahabatnya sedang barcakap-cakap.

Ringkas kata, hendaklah seorang sahabat itu bermuamalah atau bergaul dengan sahabatnya seperti cara yang ia sukai orang lain bermuamalah dengannya. Maka sesiapa yang tidak mencintai untuk sahabatnya akan sesuatu yang ia cintai bagi dirinya sendiri, maka persahabatan masih tidak ikhlas dan masih mempunyai anasir-anasir munafik dan persahabatan itu akan membawa kepada kebinasaan di dunia dan di akhirat. Maka inilah adab-adab yang mesti engkau jaga pada hak saudaramu yang engkau jadi sahabat akan dia.

Tambahlah andai ada lagi adab bersahabat. Maafkan hambe andai ada yang tak berkenan di hatimu sahabat semua.

Wassalam.

Brader Jaafar
Y.D.P Brader Wilayah Bentong, Raub & Kuala Lipis

Saturday, September 04, 2010

'Bagaimana untuk Mengenali Diri Anda melalui nombor-nombor dan tenaganya'

salam semua abang2, adik2 yg di kasihi sekalian..
Sy ingin kongsikan sedikit ilmu yg ada bersama2 dengan ahli 3 naga..ilmu yg di kenali sebagai 'Bagaimana untuk Mengenali Diri Anda melalui nombor-nombor dan tenaganya'. Kita mmg telah sedia maklum bahawa tenaga yang terdapat pada nombor mmg tidak boleh dilihat seumpama arus elektrik tetapi getaran tenaganya dapat dirasai. Berdasarkan dari tarikh lahir samaada Masehi atau Hijrah, dan dgn menggunakan kaedah pengiraan secara Greek,Barat,Tajul Muluk (Kitab Melayu Lama),Matematik Moden atau Segitiga maka Kaedahnye adalah mendapatkan digit yang satu yakni kita dapat menyingkap rahsia terhadap sebahagian
- tabiat,
- tingkah laku,
- personaliti
- kejayaan
- kecenderungan
- kerjaya
- perniagaan
- dan pelbagai lagi yang menjurus kepada kebaikan, kesenangan, kebahagiaan seseorang individu tersebut.
Kunci Emas terhadap misteri rahsia seseorang itu dapat disingkap kerana kunci emas tersebut berada di tangan anda sendiri. Apa yang penting kita harus sentiasa berperasangka baik terhadap sesama kita kerana itu adalah kekuatan "sikap mental" diri kita sendiri. Kadangkala ia mampu untuk meneutralkan kehidupan dan persekitaran apabila kita memahami dan mengenali diri kita sendiri..

Pengajaran tentang 'Nombor-nombor dan tenaganya" ini dapat membantu anda mengenali diri anda, potensi diri anda serta dapat mengcungkil kehebatan yang berada di dalam dalaman anda yang tersembunyi tanpa anda menyedarinya. Memahami diri anda dan orang-orang yang anda sayangi adalah sesuatu yang paling indah dan bererti dalam kehidupan ini Maka kita mampu untuk mengubah diri,sikap,kebolehan,pendekatan diri kita sendiri. Tiada siapa yang dapat mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubahnya sendiri demikianlah sebuah terjemahan di dalam firmanNya.

Penemuan tenaga pada nombor-nombor ini adalah kombinasi dari 7 ideologi dan teori iaitu

1) Pelbagai Penemuan Analisa Pada Nombor.
2) Teori Kitab Tajul Muluk dan 12 Bintang.
3) Teori Kesufian Tentang Angka-Angka.
4) Teori Tentang Philosophi Orang-Orang Cina.
5) Teori Phytogras tentang Numorologi.
6) 5 Elemen (Wu Xing) di dalam buku I Ching.
7) Buku Apabila Rahsia Nombor 1-9 Terbongkar.

Maka terhasil sebuah penemuan unik dan simbolik yang akan mengupas dan membongkar tentang Getaran Tenaga pada Nombor-Nombor atau Angka serta ia juga boleh diguna pakai dalam pengkajian dan pemerhatian sehari-sehari. Secara teorinya kita akan mengambil sampel tarikh lahir seseorang individu. Maka sesiapa saudara-saudari sekalian yg ingin mengetahui apakah rahsia dlm diri anda yg masih blm terungkai lagi blh le bagi tarikh lahir anda semua dalam ruangan ini.
saya akan pos kan di wall fb masing2 rumusannya..Insyaalalh ianya berguna untuk memperbaiki kehidupan anda.

Bagaimana untuk anda mengira Digit anda?
contoh : 24 04 1979
langkah satu > 2+4+4+1+9+7+9 =36
langkah dua > 3+6 = 9
Maka Digit 9 adalah nombor anda
[sila rujuk nombor di bawah]

Nombor Satu(1)
bermaksud melambangkan inisiatif sendirian.
Sifat-sifat :
- berani, ada sifat kepimpinan atau ketua, seorang yg boleh berdiri dgn sendirinya, tegas, mempunyai cita-cita tinggi, individualis dlm pemikiran dan tindakan, inginkan kesetiaan yg tiada tolak bandingnya, keyakinan diri yg tinggi, suka bebas, punya peribadi & perwatakan yg kuat,
Unsur semulajadi dlm diri anda adalah Logam.
Warna yg sesuai dlm diri anda adalah Kelabu, Putih, Emas, & Perak.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;
-Firma Guaman, Bank, Institusi kewangan, Pajak Gadai, Ofis kerajaan, Pemburu, Alatan Senaman, pengedar barangan Automotif, Kedai Aplikasi Elektrik, Pekerja Industri Kewangan, Agensi Pasaran Saham, Polis, Penguatkuasa, Kerjaya Perundangan, Pusat kajian dan sains, alatan mesin-mesin, Jaga Keselamatan, Pengankutan, Kejuruteraan, Lombong, barang kemas, bermain pedang.

Nombor Dua(2)
bermaksud Komunikasi / Vokal.
Sifat-sifat:
- bijak dgn idea yg bernas, ttp tidak dpt mempercayai kebolehan diri sendiri maka ia harus dipecahkan, berfikir dahulu sebelum berkata-kata. percakapan, pertuturan.ucapan akan dtg kemudian, penyayang, amat lembut hati antara pasangan, seorang yang patuh, suka mengikut gerak hati, tidak suka bersendirian tp sanggup untuk bersendirian sekiranya hubungan yg terjalin tidak serasi, suka menolong & suka membuat sesuatu kerja untuk org lain, selalu memikirkan & peka terhadap keperluan dan perasaan org lain tanpa mengambil kira dirinya sendiri,seorang yg baik, lemah lembut, suka melayan org lain, kadangkala tidak tahu mengatakan "tidak" kpd org lain, bersifat pendamai & pengaman (sesuai jd tentera), kadangkala tidak dpt memilih yg mana satu utk dipilih jdkan pasangan,

Unsur semula jadi dlm diri anda adalah AIR.
Warna yang sesuai dalam diri anda adalah Biru Tua & Hitam

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;
- Perniagaan perkhidmatan, Minuman, Buruh, Agensi Pembantu rumah, Makanan Laut, Perkapalan, Penanaman air berkuasa, rumah air, Pakaian Renang, Perlancongan, Agensi Insurans, Agensi tukaran Wang Asing, penjual Perdagangan (Trading), Pertunjukan budaya, Pegerai, Penapis Air, Internet, Ahli Silap mata, Stesen TV, Stesen Radio, Penyampai Berita, Posman,Pemandu,Nelayan,Ahli Matematik, Diplomat,Wartawan,Penterjemahan Bebas, penceramah, pemidato, pensyarah, penyanyi, pedebat.

Nombor TIGA(3)
bermakna Tindakan Proaktif, Agresif.
- lbh kepada kerohanian dan kuat pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau agamanya. Tindakan Seba boleh. Boleh dilihat sebagai aggresif,.sifat aggresif ini tidak boleh lari dari sifat baran dan kurang kesabaran atau yg sekutu denganya. Juga dikaitkan dengan kreatif, suka bersosial, mudah mesra pandai berjenaka, ceria serta mudah bergaul. Mempunyai kebolehan yang baik jika berkaitan dengan fikiran. Juga fokus demi mencapai kejayaan yang tinggi. Punyai kelebihan lisan dan perkataan yg boleh diguna pakai dalam bidang penulisan, percakapan, lakonan dan yg sekutu dengannya. Suka membuat sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskan atau menyudahkannya, suka melihat orang lain gembira dan akan melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Unsur semulajadi anda adalah API. Warna dalam diri anda adalah Merah, Oren & Unggu. Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ; - Makanan, Restoran, akhbar, Majalah, Kapal udara, Telekomunikasi, Minyak & gas, Jana kuasa Kabel, Janakuasa tanaman, Minyak, Kosmetik, Penjenamaan, Perhubungan awam, Pengiklanan, Tenaga Pekerja, Kantin, Fesyen, Pengcahayaan, bahagian stor, Pakaian, Makanan ringan, aksesori, persenjataan, minuman panas, penulis, pereka, pakaian, pembuat filem, jururawat, Psikologi & penyambut tetamu.

Nombor Empat(4)
bermakna Dengan ilmu maka cahaya menyinar.
No 4 ini adalah nombor asas, penubuhan dan sistem undang-undang yg mengikut aturan. Nombor 4 ini menggambarkan atau malakarkan Perancangan. nombor 4 ini juga adalah nombor perisikan,cerdas dan kebiasaannya nombor perisikan atau kecerdasan ini akan dituruti atau dijelmai dengan kearifan,kebijaksanaan atau kewajaran.

Sifat-sifat:
- Agak degil, suka mengikut caranya yang tersendiri, mampu bersabar, tekun bekerja, suka kerja keras, kadang kala sanggup melakukan sesuatu tugas secara sendirian, sangat peka dan tradisional, mempunyai cita-cita tinggi, suka seseuatu yang rutin. mudah tertarik dengan aktiviti luaran dan merasai atau menikmati pertalian dengan alam sekitar, juga keras hati, fikiran dan kehendaknya kadang kala tidak dapat di ubah, kebiasaannya konservatif, dan bersifat pengorganisasian.

Unsur semula jadi dalam diri anda adalah KAYU.
Warna yang sesuai dalam diri anda adalah hijau dan coklat.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;
- Perabot, kertas, buku, pembelajaran, penulis, perpustakaan, hortikultur, reka bentuk kayu, pakaian, budaya manusia, rekacipta studio, fabrik, penanaman, perladangan, perkebunan taman, kilang papan, perhutanan, perubatan cina, perubatan herba, hospital, artis, keagamaan, doktor, farmasi, guru, penerbit, profesor, pegawai awam, tabib, pentadbir ofis.

Nombor LIMA(5)
bermakna Halatuju dan Yang terselamat.
Nombor 5 ini mewakili Tanah (Bumi). nota yg paling menarik sekali ialah semasa kita mati maka kita akan dikebumikan di dalam tanah, semenjak kita di bawa, maka dari tanah kita dicipta dan kepada tanah juga kita kembali. Oleh yang demikian maka nombor 5 adalah kelakuan yang negatif, degil, keras kepala, beremosi, pemarah adalah disekeliling nombor ini tetapi jika kamu pandai menggunakan kenegatifan disekelilingnya dan menukarkannya kepada positif adalah amat baik sekali. Kamu harus melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat keputusan atau kesimpulan. Apa yang perlu dielakkan oleh kamu adalah perasaan yang tidak tenteram, tidak puas hati serta inginkan perubahan yang berterusan.

Unsur semulajadi dalam diri kamu bertiga adalah TANAH(BUMI)
Warna dalam diri kamu adalah Perang & Kuning.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;
- hartanah, Kedai antik, Consultansi, Perakaunan, Pengkebumian, Batu-batu permata, pertaruhan, Batu pakir, Perunding feng Shui, Tukang Tilik, Kontraktor, Lombong, Kebajikan, Pembangunan, Saham dan broker sekuriti, Arkitek, Pekebun dan Peladang.

Nombor ENAM(6)
bermakna Keajaiban dan Kekayaan..

Sifat-sifat:
- Paling produktif sekali yg boleh dikaitkan atau dalam perkahwinan. Juga berorentasikan keluarga dan keluarga yg hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik beradik, saudara-mara. nombor 6 juga mewakili kesenangan dan kekayaan. 'Loke Fook" yang bermakna atau membawa erti "6 kegembiraan" ia adalah apa yg diertikan oleh orang-orang Cina iaitu lebih kepada mencari "angin". Inginkan ketepatan, displin dan segalanya teratur, tersusun, dan mengikut urutan. tidak mengganggu yg lain kerana lebih menumpukan perhatian kepada kesempurnaan diri sendiri. Tidak suka kepada sambil lewa dan kemalasan. Juga idealistik dan memerlukan sesuatu 'meterial' atas sebab untuk merasa gembira. Juga cekap dan mempunyai cara yang tersendiri, teman yang setia kepada sesiapa yang menjalinkan persahabatan secara serius.
Juga degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Ia juga seorang yang idealis dan mampu untuk membuat kebajikan yang banyak untuk manusia. Juga suka kepada persekitaran yang artistik dan mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga. Hubungan kekeluargaan yang sangat kuat penting buat anda. Gemar meletakkan idea orang dan ideanya ke atas orang lain bagi melengkapkan sesuatu kehendak. Amat gemar untuk membantu dan menjaga orang-orang atau seseorang. Kebiasaannya anda adalah seorang yang romantik.

Unsur semulajadi dalam diri anda adalah LOGAM.
Warna dalam diri anda adalah Kelabu, Putih, Emas & Perak.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;
- Firma guaman, Bank, Institusi Kewangan, Pajak gadai, Ofis Kerajaan, pemburu, alatan senaman, pengedar barangan automotif, kedai aplikasi elektrik, pekerja industri kewangan, agensi pasaran saham, polis, penguatkuasaan, kerjaya perundangan, pusat kajian dan sains, alatan mesin-mesin, jaga keselamatan, pengankutan, kejuruteraan,lombong, barang kemas & bermain pedang..

Nombor TUJUH(7)
bermakna Jaringan dan belitan. 7 adalah satu bentuk kebijaksanaan yang tinggi. Ia juga nombor yang mewakili '7' petala langit dan '7' petala bumi. Ia adalah nombor untuk alam semesta. Ada 7 peringkat umur bagi lelaki. 7 keajaiban dunia. 7 lapisan sinaran dalam matahari dan 7 merupakan pemikir, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya menerima sesuatu jika dikaitkan dengan fakta. nombor 7 ini penuh dengan belas kasihan dan penuh dengan sifat membantu. Punyai minda yang baik dan mampu mengumpulkan pengatahuan dari pelbagai bidang. Mampu menumpukan masa untuk membuat kajian berseorangan, beribadat dan bermunajat. Oleh yang demikian nombor 7 menarik perhatian pengikutnya. Tergolong dalam golongan PENCARI, suka kepada menyelesaikan sesuatu perkara yang tersembunyi dan kadang kala tergolong juga dalam golongan yang suka berahsia. Menarik Perhatian pengikutnya, dengan mempunyai pengikut bermakna seseorang itu sungguh bertuah. Dengan jelas menggariskan pengikutnya dan nasib yang bertuah. Suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling atau dipersekitarannya tetapi tidak suka pula apabila dipersoal atau diajukan pelbagai soalan kepadanya. Juga gemar menunjukkan contoh teladan agar menjadi ikutan. Juga sangat berpengetahuan dan kadang kala bersendirian. gemar kepada perkara berteknikal dan berkebolehan menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Unsur semulajadi dalam diir kamu berdua adalah AIR.
Warna yang sesuai dalam diri kamu berduda adalah Biru Tua & Hitam.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;
- Perniagaan perkhidmatan, Minuman, Buruh, Agensi Pembantu rumah, Makanan Laut, Perkapalan, Penanaman air berkuasa, rumah air, Pakaian Renang, Perlancongan, Agensi Insurans, Agensi tukaran Wang Asing, penjual Perdagangan (Trading), Pertunjukan budaya, Pegerai, Penapis Air, Internet, Ahli Silap mata, Stesen TV, Stesen Radio, Penyampai Berita, Posman,Pemandu,Nelayan,Ahli Matematik, Diplomat,Wartawan,Penterjemahan Bebas, penceramah, pemidato, pensyarah, penyanyi, pedebat.

Nombor LAPAN(8)
bermaksud Nafsu dan Kemurahan Hidup atau Kaya.
- Orang no.8 ini mempunyai bakat dalam 'Pengurusan dan Penyelesaian". Nombor ini juga gemar melihat manusia sebagai objektif yang kadangkala memberinya idea dan suka mengandalikan manusia, juga dipandang sebagai ketua samaada dalam perniagaannya sendiri atau dari kaca mata orang-orang di sekeliling dan persekitarannya. Dalam nota lain pula, tiada benda yang dalam perjalanan garisan lapan itu akan berakhir kembali kepada permulaannya. Ini menunjukkan yang ia sungguh bertanggungjawab.

Unsur semula jadi dalam diri anda adalah API.
Warna yang sesuai dalam diri anda adalah Merah, Oren, Unggu.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;
- Makanan, Restoran, Akhbar, Majalah, Kapal Udara, Telekomunikasi, Minyak & Gas, Janakuasa Kabel, Janakuasa Tanaman, Minyak, Kosmetik, Penjenamaan, Perhubungan Awam, Pengiklanan, Tenaga Pekerja, Kantin, Fesyen, Pengcahayaan, Bahagian Stor, Pakaian, Makanan Ringan, Pengcahayaan, Aksesori, Persenjataan, Minuman Panas, Penulis, Pereka Pakaian, Pembuat Filem, Jururawat, Psikologi, Pemyambut Tetamu.

Nombor Sembilan(9)
bermakna Kreatif dan menonjol, Kelakian.
Berkait rapat, paduan atau gabungan untuk semua 3x3. Ia boleh dikatakan lengkap dan yang pengakhiran bererti kejayaan. Yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain dan lebih memberi tumpuan terhadap pihak orang ramai. Bersifat gagah, boleh dipercayai dan diharap serta menanggung beban tanpa sungutan. Juga tekun dalam membuat sesuatu serta berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan. Mempunyai kebolehan dalam menghiburkan orang lain, suka bekerja lebih dan menyembunyikan sesuatu dari diketahui orang lain. Orang yang berjaya ini atau yang suka akan kejayaan ini kebiasaannya akan merasa tidak pernah cukup dan ia juga boleh menjerumus kepada ketamakan. Gemar mengharapkan ganjaran dari usahanya dan kurang bersimpati, tiada tolak ansur serta tidak sensitif terhadap perasaan orang lain. mempunyai imiginasi yang baik serta boleh berjaya dalam pelbagai bidang.. Juga mempunyai persenoliti yang pelbagai sehingga sehingga sukar untuk orang lain memahaminya dan kadangkala terpedaya denganya. mampu berubah atau bertukar dalam pelbagai cara mengikut kesesuaian persekitaran. Untuk berjaya perlu membina landasan kasih sayang serta tidak bergantung nasib dan perasaan(mood). Juga boleh ditafsirkan atau dikategorikan "keseluruhan" dan boleh juga sebagai "penghibur".

Unsur semulajadi dalam diri anda adalah KAYU.
Warna dalam diri anda adalah Hijau & Coklat.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;
- Perabot, Kertas, Buku, Pembelajaran, Penulisan, Perpustakaan, Hortikultur, Reka bentuk kayu, Pakaian, Budaya manusia, Rekacipta studio, Fabrik, penanaman, Perladangan, Perkebunan Taman, Kilang papan, Perhutanan, Perubatan cina, perubatan herba, Hospital, Artis, Keagamaan, Doktor, Farmasi, Guru, Penerbit, Profesor, Pegawai Awam, Tabib, Pentadbir opis.

Friday, September 03, 2010

Kata-Kata Semangat Ahli 3 Naga




  • Yas Tiga Naga
     salam Adik2 Majlis semua..dlm ruang ini kita blh kongsi bersama kata2 pembakar semangat utk Majlis 3 Naga Malaysia.pantun pun blh kongsi..
    lebih kurang 2 bulan yang lalu 


  • Yas Tiga Naga
     Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan,Persahabatan & Kesetiaan diterapkan, 3 Naga bertahta dlm hati.
    lebih kurang 2 bulan yang lalu ·


  • Muhammad Rossyahrizad
     make money, mo enemy
    lebih kurang 2 bulan yang lalu 


  • Mohd Zharif Mohammed Hashim
     3 Naga KuSemat Di dlm Hati, Ku Pamerkan Kesetiaan Dgn Persahabatan Yang Terjalin, Perjuangan Majlis Diutamakan, Moga Ianya Bertaut Selamanya.
    lebih kurang 2 bulan yang lalu 


  • Alexander Lieyo
     salam 3 naga pembuka madah... naga merantau 14 negeri... mencari kawan menyimpang lawan...
    3 naga jangan dilanggar... naga terpendam pantang dicabar... semangat naga semangat sejati...
    3 bangsa naga satukan... kukuh berdiri semua ahli.. .tanda 3 naga tetap bersatu... maafku pinta andai tersalah kata... mencari musuh ingin ku jauhi... semoga 3 naga kekal berdiri...
    lebih kurang 2 bulan yang lalu 


  • Yas Tiga Naga
     Sikap Naga yg sebenar..walaupun badan Naga berat tetapi Naga sanggup terbang ke udara walaupun ia tahu akan jatuh jua ke bawah. Naga akan berusaha untuk terbang kembali ke puncak tertinggi.

    terapkan sikap naga ini di dalam apa jua pekerjaan yg adik2 semua buat..Jangan Mudah Putus Asa dalam apa jua yang dilakukan..
    lebih kurang 2 bulan yang lalu


  • Anaz Roosevelt 3 Naga Kata Keramat,

    Panji dikibar Penuh semangat,

    Taat Tuhan, Nabi Diangkat,

    kukuh berdiri, setia diikat.
    lebih kurang 2 bulan yang lalu 


  • Anaz Roosevelt 
    Kata Nabi Kata Berisi,

    Nafas Dikawal, Tingkah Diawas,

    Tiga Naga Gagah Berdiri,

    Tidak gentar melawan Diri.
    lebih kurang 2 bulan yang lalu 


  • Penunggu Gerbang Neraka
     "Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung... sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang �asli�."
    "Saya boleh menghayati perjuangan nenek-moyang dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah,"
    "Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang, Apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis habisan,�
    "Orang kampung hanya mengharapkan pada Mara, Sebab itu saya bangga menjadi jaguh kampung".

    -Dato Paduka Ibrahim Ali.
    lebih kurang 2 bulan yang lalu 


  • Shukor Buang ...sleeping dragon...
    lebih kurang 2 bulan yang lalu 


  • Eddie Haji Ahmad Tarmizi
     T=teguh berdiri semangat NAGA
    I=iman tanam dalam hati
    G=gagah berdiri semangat NAGA
    A=amanah dgn adik- beradik

    N=NAGA bukan sebarang NAGA
    A=amanah adik- beradik
    G=gagah berdiri semangat NAGA
    A=amanah dgn adik beradik
    lebih kurang 2 bulan yang lalu 


  • Shukor Buang 
    naga terbang..memandang ke bumi,memerhati...naga laut menyelam diam bertapa tetap rindukan angkasa...walau apa pun kita,sentiasalah peka dan perihatin dengan sekeliling kita...baik atau buruknya...tiada sombong...
    lebih kurang sebulan yang lalu 


  • Mohd 'Izzuddin Che Azahari 
    Naga bukan sebarangan naga...naga berlindung di panji syurga....
    naga terbang...berlingkar bersimpuh...
    adat sopan bangsa terbilang....
    naga bersatu.....mencedok ilmu...
    naga bangsa,agama dan negara...
    lebih kurang 2 minggu yang lalu ·


  • Budox Baix
     salam 3 naga di beri
    garang naga bukan mencari musuh
    garang naga membela saudara
    naga gagah kerana bersatu
    naga berjuang demi matlamat
    jatuh ke tanah pasti naga akan bangun
    bngun naga membawa 1000 kemenangan
    menyerah bukan matlamat naga
    raja naga tempat meminta nasihat
    belot bkan princip naga
    salam 3 naga kepada semua ahli keluarga 3 naga malaysia

    lebih kurang 2 minggu yang lalu ·


  • Saiful Asyraff 
    ~Assalamualaykum~ ikrar naga dijunjung, datang tidak diundang pergi tidak disekat, naga bukan sebarang naga, 3 naga bukti persaudaraan, maaf kupinta perang kujauhi, taat setia hormat menghormati prinsip perjuangan, jikalau mengaku taat setia bersamalah kita pertahankan maruah..
    lebih kurang 2 minggu yang lalu
    -------------------------------------------------------------------------------------------

MOHAMAD LUKMAN HAKIM BIN MD ZAKI (0290)
"Saya rasa tertarik dgn Cogan Kata : ''Kedatangan kamu tidak diundang, Pemergian Kamu tidak di sekat" - tiada paksaan menyertai, - tiada sumpah, - tiada pantang larang, - tiada baju utk di pakai, - cuma yang diminta hanya Taat Setia & Hormat-menghormati sesama ahli..

Dalam agama ISLAM, umatnye dituntut untk TAAT SETIA n Hormat menghormati satu sama lain............
Jadi sy rasa MAJLIS TIGA NAGA bagus kerana ia mengikut garis panduan AGAMA ISLAM.............
Saya juga ingin menyertai kerana mahu mendapat lebh bnyk kawn n beljar sesuatu yg baru dari mereka............."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Hafiz bin Mohd Farid (0292)
"saya jenis orang yang suka berkawan..
bersahabat perlu pada pencarian..
soal kepentingan saya tiada kepentingan dalam mana2 pertubuhan.
wallahhualam.."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Hairulazhar bin Ya'acob (0293)
"kerana ingin mengukuhkan hubungan silaturrahim & ukhuwah sesama ahli, saling hormat menghormati  disamping menimba ilmu dari yg berpngalaman...."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhamad Ikhwan Nazrin Bin Che Ismail (0287)
" Saya ingin menyertai Majlis Tiga Naga kerana majlis ini sangat mementingkan persahabatan dan kesetiaan antara ahli-ahlinya..majlis ini juga tidak menyentuh isu-isu sensitif dalam perkauman..dan yang paling penting majlis ini mementingkan taat setia dan menghormati antara satu sama lain..."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Borhan bin Mahamad Ali (0291)
"MENGENALI RAKAN-RAKAN BARU DAN INGIN BERTUKAR-TUKAR PENDAPAT YANG MEMBAWA KEPADA PERKARA YANG BERFAEDAH DALAM HAL-HAL SEPERTI ISU-ISU SEMASA,EKONOMI,BISNES,PENDIDIKAN,AGAMA ISLAM,MASYARAKAT,DAN SEBAGAINYA YANG TIDAK MELANGGAR HAK ASASI MANUSIA,UNDANG-UNDANG MALAYSIA,HUKUM SYARAK,DAN SENSETIVITI MASYARAKAT SETEMPAT...AMIN"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Hafiz bin Ab. Halim (0294)
"utk m'bntu sesama makhluk2  tuhan dan juga m'nmbh kenalan...."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Shaeen Sher Mahal bin Suhaimi (0295)
"SALAM 3 NAGA..SAYA INGIN MENYERTAI MAJLIS TIGA NAGA KERANA INGIN MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA AHLI MAJLIS..SAYA RAKAN KEPADA DEKMI PHOENIX DARI MAJLIS CENDERAWASIH MERAH..SALAM PERKENALAN..BOBOY.."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Rohaizal bin Ngah (0296)
"kerana untuk mngeratkan sillaturrahim ssama bangsa dan agama dan juga mengenali sesama insan di lain2 negeri."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhammad Shahbri bin Mohd Abas (0297)
"SAYA INGIN MELIHAT MELAYU KHUSUSNYA BERSATU PADU DI BAWAH PERTUBUHAN INI.." (Amnya kepada semua bangsa)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohammad Faiz (0298)
"untuk merapatkan hubungan sesama kaum.bantu membantu sesama insan"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhammad Ibrahim bin Zainal (0299)
"Ingin bersama melangkah untuk berkongsi ilmu dunia akhirat dan menimba pengalaman dalam mencari kesempurnaan kita sebagai khalifah di bumi bertuah ini.Semoga dengan hidup harmoni dan saling bermafaat antara satu sama lain kita dapat bersatu membina kerukunan yang dihormati dan maju"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahmad Fairuz B Ahmad Nazar (0301)
"mencari rakan seperjuangan"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Wan Abdul Akhimullah bin Wan Aziz (0302)
"kerana semangat suka mencari kawan/kenalan baru,juga berkongsi idea serta percambahan pemikiran yang kreatif dikalangan orang-orang yang baru dijumpai,juga memupuk semangat muhibbah serta tidak mementingkan darjat,pangkat,keturunan,taraf sosial dalam bersahabat...."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Abd Rahman bin Yaakop (0303)
"ingin mengeratkan siraturahim"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhammad Amzar Ikhwan bin Mohamed Azmi (0304)
"kerana semangat suka mencari kawan/kenalan baru,juga berkongsi idea serta percambahan pemikiran yang kreatif dikalangan orang-orang yang baru dijumpai,juga memupuk semangat muhibbah serta tidak mementingkan darjat,pangkat,keturunan,taraf sosial dalam bersahabat...."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohamad Firdaus bin Jasmi (0305)
"nk bkenalan dgn adik beradik,
cari dan tambah ilmu dunia dan akhirat,
bole belajar cara2 maen bisnes..."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Syed Ahmad Syahidan (0306)
"MENCARI RAMAI KENALAN SERTA BERKONGSI PENDAPAT."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Syazwan bin Mohmad diah (0307)
"kalau sesuatu majlis yang kita nak menjadi ahli
mesti kita yakin yang majlis tersebut bersih dan mampu memberi impac yang baru
pada ahlinya insyaallah"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohammad Faizul bin Mohammad Fu'ad (0300)
"tidak terlampau terikat, cukup la keje kat pejabat yang memenatkan.. mencari peluang perniagaan yang ideal.. nak kongsi n nak tahu if ada konvensional busines yang baik (no mlm to me, accept availbeauty).."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Rozizwan bin Rosni (0275)
"Membuat rangkaian perniagaan bagi menjana pendapatan dan selain itu ingin merapatkan tali silaturahim di antara ahli majlis serta berkongsi pendapat.."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhammad Rejabbudin bin Abdul Majid (0155)
"INGIN MENGIRATKAN LAGI HUBUNGAN SILATURRAHIM DENGAN RAKAN-RAKAN ,TAK KIRA TEMPAT DAN BANGSA YANG BERLAINAN.DISAMPING ITU JUGA INGAT MENAMBAH DAN BERTUKAR PENDAPAT ANTARA RAKAN-RAKAN DALAM ILMU PERNIAGAAN DAN LAIN-LAIN YANG BOLEH MEMBERIKAN KEBAIKAN PADA SAYA MAHUPUN RAKAN-RAKAN YANG LAIN..."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Omar bin A. Malek (0050)
"1.  Majlis 3 NAGA Malaysia memupuk semangat persaudaraan antara insan x kira agama,bangsa dan kaum
 2. Majlis 3 NAGA Malaysia adalah persatuan NGO yang merapatkan jurang perbezaan kaum dan saling
 hormat menghormati
 3. Majlis 3 NAGA Malaysia tidak dipengaruhi mana-mana parti politik
 4. Majlis 3 NAGA Malaysia bersemangat tolong menolong seperti adik beradik
 5. Majlis 3 NAGA Malaysia berteduh di bawah satu bumbung yang kukuh.
 6. Majlis 3 NAGA Malaysia menjunjung Kedaulatan Raja dan Institusi serta mematuhi undang-undang."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Armizi bin Samijan (0159)
"mengeratkan silaturrahim"
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhd Irfan bin Hamid (0308)
"Mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Nor Azian binti Abdul Majid (0309)
"saya berminat menyertai majlis tiga naga kerana visi amat  membangga kan disebabkan ia dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita serta dapat mengembangkkan perniagaan..."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Wan Muhammad Safwan bin Wan Shariff (0074)
"salam 3 naga pembuka bicara..sya dari kedah tp belajar di perak, jadi saya mendaftar dibawah bro leiyo..saya menyertai 3 naga bkan utk suka2, tp utk menambah kenalan perniagaan..tlong-menolong adalah tggungjwab suma =D "
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Azlan bin Amil (0310)
"INGIN MENGERATKAN HUBUNGAN SESAMA KITA DAN SB MISI PERSATUAN INI MUNGKIN MEMBERI RUANG UNTUK SAYA MENAIKKAN TARAF EKONOMI DAN KEHIDUPAN SAYA BILA KENAL DAN BERGAUL DGN LEBIH RAMAI AHLI."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhammad bin Baharuddin (0311)
"- belajar teknik2 niaga coz xyakin bole keje dgn bidang yang sedang dipelajari
- tambah kenalan br
-tolong org melayu niaga disamping belajar"
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohamad Ridzuan bin Mat Isa (0312)
"SALAM....HARI NI KITA DAPAT TENGOK BANGSA LAIN GIAT BERPERSATUAN...JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN MELAYU..BLEH DIKATAKAN AGAK JAUH KETINGGALAN...JADI DENGAN ADANYA MAJLIS SEPERTI  INI DIHARAPKAN BANGSA MELAYU ISLAM DAPAT BERSATU....SALAH SATU AKTIVITI MAJLIS INI PULA ADALAH PERNIAGAAN...JADI DIHARAPKAN SETIAP AHLI MAJLIS BERUPAYA DAN DAPAT MENGUBAH TARAF HIDUP DENGAN BERJINAK-JINAK DENGAN DUNIA PERNIAGAAN....9/10 PINTU REZKI ADALAH DARI BERNIAGA...RUGILAH KLO KTA TIDAK MEREBUT DAN MENGAMBIL PELUANG UNTUK MENGUBAH NASIB KITA KHUSUSNYA....BERSATU KITA TEGUH....BERCERAI KITA ROBOH....WSALAM...."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Ariq Igbal bin Bazeir (0313)
"Saya menyertai Majlis Tiga Naga Malaysia kerana saya ingin mengikut mempertahankan agama,berdakwah dan mencari rakan.saya ingin turut bersama sama untuk menjayakan program-program yangg diadakan."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohamad Roshdi bin Taib (0314)
"UNTUK MENAMBAH KENALAN DAN MERAPATKAN SILATURAHIM SESAMA MANUSIA.."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Abdul Muiz bin Muhamad Hadzri (0315)
"kerana sya brminat nk memasuki tiganaga."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Abdul Rauf bin Rusli (0316)
" mengeratkan pertalian persahatan sesama manusia......"
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhammad Zharif Bin Mohd Mustaza (0123)
"Ingin mencari ramai kenalan baru...disamping merapatkan silaturrahim sesama ahli..."
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohamad Syafiq bin M.Mokhtar (318)
"Majlis Tiga Naga merupakan majlis yang menyatukan anak bangsa dan insyaallah dengan adanya penyatuan dan kata sepakat antara kita dapat bersama-sama meningkatkan taraf ekonomi khususnya dalam kalangan masyarakat kita sendiri."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Zanizan b. Zanarrudin (0317)
"Kerana Majlis ini dilengkapi dgn aktiviti2 moray yang berfaedah... Ianya tidak terlibat dgn aktiviti2 yang tidak sihat..."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Faiz bin Jamil (0319)
"SEKADAR MAHU BERKAWAN........"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Azmin bin Abu Zaman (0320)
"SAYA INGIN MENYERTAI KELAB INI KERANA SAYA INGIN MENAMBAH KAWAN2 D MANE2 SAJE"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Basri bin Mat So (0321)
"mengeratkan silaturahim sesama manusia"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhammad Suhaimi bin Jasmi (0245)
"sy nk berkenalan dgn ahli2 majlis,dan menyertai aktiviti yang dianjurkan terlebih lagi aktiviti bermotosikal..."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Shahrul Kamal Bin Karim (0322)
"Saya terpikat dengan wadah Majlis Tiga Naga Membantu Dalam perniagaan kerna saya minat Berniaga dan susah senang Bersama2..."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohd Shafarin b Supenye (0323)
"SY INGIN MENAMBAH LEBIH RAMAI KENALAN TIDAK KIRA BANGSA DAN AGAMA..TETAPI UNTUK MEMPERJUANGKAN AGAMA ADALAH PERKARA POKOK DALAM DIRI SAYA..SEMOGA SAYA DTERIMA DENGAN IKHLAS HATI DIDALAM MAJLIS INI.."
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Md Nizam bin Yusop (0324)
"Ingin berkongsi peluang perniagaan sesama kita di samping mencari peluang yang lebih baik agar kita mendapat manfaat bersama. Setiap usaha perlu dilaksanakan secara berkumpulan baru kita boleh mengecapi kejayaan dengan mudah. Ilmu hasil penglibatan kita dalam sesuatu bidang sangat berbeza, semakin luas pergaulan kita maka semakin ramai kawan serta semakin banyak peluang yang akan datang kepada kita...Insyallah"
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahmad Syargawi bin Hj. Omar (0325)
"Untuk meluaskan rangkaian sahabat dalam perniagaan dan membantu jika ada abang-abang atau adik-adik yang dalam kesusahan"
---------------------------------------------------------------------------------------------------

News Membership

» GREETINGS RESPECT & GREETINGS AFFECTION 3 DRAGONS.

PERMOHONAN KEAHLIAN BARU DIBUKA KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT DENGA PERNIAGAAN . (SILA HUBUNGI BRADER YAS DI TALIAN 017-2501814......