.

.
JCM Gold

Wednesday, January 26, 2011

MAJLIS SUAIKENAL DAN PENYERAHAN WATIKAH M3NM NEGERI PERAK

As Salam..Salam 3Naga Malaysia..salam Perpaduan serta Salam 1 Malaysia
M3NM Negeri Perak

Adalah dimaalumkan kepada semua ahli-ahli  M3NM Negeri Perak merancang untuk
mengadakan majlis tersebut seperti dibawah :

                       Tarikh   :  29.1.2011 (Sabtu)
                       Masa    :  2.00 petang
                       Tempat:  RESTOREN NUR ZEETY MEE UDANG
                                      No:19, Jalan Baru, Batu 7
                                      Changkat Jering, Taiping
                                      (berhampiran Plaza Tol Changkat Jering)

2.    Oleh yang demikian mohon kerjasama dari semua ahli-ahli M3NM Negeri Perak 
yang ingin menghadiri majlis tersebut agar dapat mencatat Nama dan No Ahli masing-
masing seperti dibawah atau melalui SMS  kepada nombor 012-5762756 bagi
memudahkan pihak pengurusan menyediakan tempat dan jamuan.

3.   Dimaalumkan juga bahawa Brader Negeri Perak akan menghubungi (SMS) semua
ahli-ahli yang tidak aktif melalui talipon bimbit masing-masing. Majlis juga akan dibatalkan
sekiranya kehadiran tiada sokongan dan tidak mengalakkan.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,

BENTAYAN BENT
YDP BRADER NEGERI PERAK.

P.s : Tarikh akhir menghantar nama pada 27.1.2011 (Khamis)


KEHADIRAN

1.   Bentayan Bent  3NA [0050]
2.   Mohd Hasbulah (melalui sms) 3NA [0096]
3.   Mr Bunny (melalui talipon) 3NA [0155]
4.   Sky Infinity (melalui sms) 3NA [0097]
5.   Al-Danny (melalui sms) 3NA [1167]
6.   Ina Shalyna (melalui sms) 3NA [1233]
7.   Syafiq Izzat (melalui sms) 3NA [0205]
8.   Rizal Gayong (melalui sms) 3NA [0277]
9.   Anuarina Aiman 3NA [1138]
10. Meor Amir Mohd Nizam 3NA [0067]
11. Emy Harun 3NA [1230]
12. Faiz Sarwani 3NA [0203]
13. Kader Jamaluddin 3NA [0664]
14. Eddy Hj Ahmad Tarmizi 3NA[0082]
15. Syed Zul 3NA [0986]
16. Adiq Alip 3NA [0618]
17. Wan Ampang 3NA [1029]
18. Azmaniza 3NA [1073]
19. Hati Luka Arm 3NA [1095]

Kehidupan ini

Hidup ini bak pentas terbuka,
Pemainnya punya watak berbeza,
Paginya ketawa tapi petangnya berduka,
Tepinya berduri tapi tengahnya hamparan terbuka,
Walaupun hujungnya entahkan gelap gelita,

Hidup ini,
Anugerah Tuhan yang tidak terhingga nikmatnya,
Ilmunya seluas lautan tidak terduga tepi dan dalamnya,
Buat manusia kerdil seperti ku apalah ada,
Ke Kiri ke Kanan berkais mencari sinar cahaya,
Buat bekalan bahagia di hari tua pastinya,

Hidup ini,
Berlalu bersama impian dan realiti,
Mewarnai empunya diri silih berganti,
Kejituan dan kejatian diri menyokong tegap berdiri,
Kecairan semangat membawa hanyut di dinihari,

Hidup ini,
Fantasi lebih realiti walau logik dikhianati,
Pasrah dan igauan mimpi tidak akan datang sehari,
Kedambaan hati menambat jiwa jasmani,

Hidup ini,
Perlu bantuan, sokongan , asakan dan ketabahan,
Melayari arus deras pemodenan sejagat,
Kewarasan menuntut bicara bersama sekeping hati,
Melerai simpulan ketat berkarat,

Hidup ini,
Kebanggaan insan mencipta kejayaan,
Kekayaan dan pangkat menjadi taruhan,
Kesedaran mengulit kealpaan,
Ketaqwaan kekal menyalut halwa kalbu,
Keimanan perisai abadi pasti,
Keutuhan Teragung anugerah mukmin sejati...

Hidup ini,
Memerlukan kasih dan sayang dari insan lain,
Kebahagiaan dan kenangan di kecapi bersama,
Mengharungi badai kehidupan tika lautan bergelora,
Lumrah alam ciptaan Nya,
Apakan daya kita merancang,
Ketentuan jodoh pertemuan adalah milik Nya.


Luahan Rasa :

Salam Kasih Sayang Dari Abg Bent
20hb.Jan,2011 bersamaan 16hb.Safar 1432

Tuesday, January 04, 2011

Nukilan Rasa Dari Y.D.P Brader Negeri Perak - Abang Bent


As Salam, Salam Hormat serta Salam Perpaduan 1 Malaysia.

31.12.2010 adalah hari yang bersejarah bagi Majlis Tiga Naga Malaysia kerana telah menjayakan dengan MAJLIS LEPAK SANTAI 2010 SEMPENA MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 di Teluk Kemang, Port Dickson,Negeri Sembilan yang di pengerusikan oleh YDP Brader Negeri Selangor (Angah Kaloi) dengan jayanya.

Kami semua Brader-Brader dan adik-adik ahli M3NM telah sampai ke pejabat Pengasas Tiga Malaysia YM Brader Yas jam 5.30 ptg. Kami telah disambut dengan penuh kemesraan. Jelas kegembiraan terbayang diwajah beliau akan kehadiran kami. Di pejabat, beliau telah memberi kami souvenir tiap-tiap seorang. Terima kasih diucapkan kepada YM Brader Yas.

Pada malam harinya kami telah mengadakan BBQ dan menyambut kedatangan Tahun Baru 2011 di pantai Teluk Kemang bersama YM Pengasas Tiga Malaysia (YM Brader Yas). Majlis bermula jam 7.30 mlm dan berakhir jam 1.00 pagi dan kami pun ke tempat penginapan masing-masing di Seri MasBulan Resort setelah selesai BBQ.

(Penghuni-penghuni Bilik A309 belum lena - bersembang sambil menikmati makanan hingga jam 6.00 pg)

Pada keesokkan harinya, check-out jam 11.00 pg terus ke pejabat M3NM untuk bersarapan dan mendengar taklimat, nasihat serta hala tuju M3NM yang disampaikan oleh YM Brader Yas selaku Pengasas Majlis Tiga Naga Malaysia. Selesai taklimat jam 2.00 ptg kami telah berkonvoi ke Kuala Pilah yang di ketuai oleh YM Brader Yas untuk menghadiri majlis perkahwinan YDP Brader Hazry (YDP Brader Wilayah K.Pilah). Setelah itu kami bertolak balik ke destinasi masing-masing dengan penuh kenangan. Perpisahan setelah bersama beriringan.

Disini kami YDP Brader-Brader dan adik2 ahli M3NM ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YM Brader Yas kerana telah bertungkus lumus menyediakan tempat penginapan dan peralatan serta pelbagai jenis menu BBQ pada malam tersebut. Tak lupa juga kepada YDP Brader Negeri Selangor (Angah Kaloi) yang telah berjaya menjayakan Majlis Lepak Santai 2011 dengan jayanya.

Sudah menjadi lumrah kehidupan setiap yang bermula akan berakhir, Setiap perjumpaan, ada perpisahan...insyaallah kita akan berjumpa kembali....


SELAMAT MAJU JAYA MAJLIS TIGA NAGA MALAYSIA
Kita seirigan melangkah
Namun...kerana kejujuran
Dan keikhlsan
Kegembiraan dikongsi bersama
Kedukaan dirasai bersama
Itulah secebis harapan dari abg adik M3NM
Yang amat merindui kenangan
Dan gelaran abg adik tetap tersemat dihati kami

Dari BRADER DAN ADIK

Majlis Tiga Malaysia

Majlis Ramah Mesra M3N Kelantan











News Membership

» GREETINGS RESPECT & GREETINGS AFFECTION 3 DRAGONS.

PERMOHONAN KEAHLIAN BARU DIBUKA KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT DENGA PERNIAGAAN . (SILA HUBUNGI BRADER YAS DI TALIAN 017-2501814......